assalamualaikum

terima kasih dan selamat datang ke blog saya.semoga segala yang di post akan dapat dibaca dan dihayati bersama

Thursday

10 Soalan Sebelum Bertunang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

10 Soalan Sebelum Bertunang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

mengapa wanita memerlukan lelaki

     wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

akal fikiran

inilah perjuangan umat islam....kita hndaklah sntiasa menggunakan akal fikiran dengan mmikirkan strategi2 umtuk menentang musuh islam....gnakanlah akaldengan sebaik mungkin..

rahsia disebalik solat awal waktu

Wednesday

jadikan dunia ini, ladang untuk memperoleh hasil

Bila kita nak keluarkan duit di mesin atm,tiba-tiba duit kita habis ketika kita sangat memerlukan.apakah perasaan kita ketika itu.

apa pula perasaan kita bila kita nak keluarkan amal kita untuk ditunjukkan kepada Allah di mahsyar nanti tiba-tiba amal kita tiada?

Beramal ibadatlah seolah kita akan mati keesokan hari =)

al-mulk

Dari Ibnu Masud ra., ia berkata, "Rasulullah SAW. bersabda, "Surah
Tabarak (Al Mulk) adalah penjaga dari azab kubur.". (HR Hakim dan Abu
Naim)

Sebelum tidur jom kita sama-sama amalkan pembacaan surah al-mulk.jadikan ia sebagai rutin harian kita =)

bla skit bru igt

Ulasan : Allahu Rabbi .. azabnya siksa neraka Allah .. begitulah yang diceritakan oleh Allah dan Utusanya kepada kita .. ahli Neraka ini apabila disebut nama Muhammad .. mereka mengatakan nabi tidak menghiraukanya .. sedangkan mereka selalu menyebut-2 ketika di dalam neraka .. tetapi sudah terlambat .. kerana mereka ini semasa Allah beri peluang hidup di dunia dulu .. mereka tidak mengikut apa yang dibawa oleh nabi (agama) .. lebih malang lagi ada juga yang menghina & mempersendakan nabi .. Allahu Rabbi .. Na'uzubillah ..